Friday, July 1, 2011

Anak didikku...

Assalamualaikum semua,
Lama dah tak menulis di blog. Sibuk mengalahkan Menteri. InsyaAllah hari ni saya nak tulis sesuatu tentang pengalaman yang lepas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. Selamat membaca!

Baru-baru ini ku selak album lama, terjumpa gambar si Dia. Apa cerita agaknya dirinya? Berapa tahun dah umurnya? Dia ingat lagi ke kat aku?
Pelbagai persoalan muncul di kepala apabila melihat gambar tersebut.

Semuanya bermula bila ibuku merancang membuka tadika berkongsi dengan ayahku. Ibuku sangat gigih mendidik anak muridnya walaupun terpaksa menjadi 'driver van', tukang masak dan mengajar pada masa yang sama. Aku kagum dengan ibuku. Ayahku juga turut membantu ibuku dengan memasak makanan untuk murid tadika setiap pagi seawal jam 5pagi. Aku dan adikku akan menemani ayah memasak sebelum ayah menghantar kami ke sekolah.

Apabila pulang dari sekolah, kami akan membantu ibu menguruskan anak-anak murid yang 'day care' sampai petang kerana ibubapa mereka bekerja. Antara ramai-ramai murid tadika tersebut, aku paling suka melayan si A kerana dia sangat comel dan mendengar kata. Aku masih ingat ada guru-guru yang menganggap aku terlalu memanjakan budak-budak tersebut. Memang pon!

Si A yang ku kenali dulu, memang budak yang pandai, comel, baik hati dan murah dengan senyuman. Adakah dia masih seperti itu? Rasanya dia sudah berumur 17tahun. Aku rindu ingin bertemu dengannya. Hanya satu yang ku mohon, ku harap dia masih memiliki ciri-ciri seorang muslim seperti waktu kecilnya dulu. Aku sangat takut dengan remaja zaman siber. Macam-macam yang aku dengar dalam internet dan TV.

"Aku memohon Ya Allah! Kau limpahkanlah rahmatMU ke atas semua anak didik ibuku serta anak didikku agar mereka tetap berpegang dengan ajaran Islam yang Syumul. Jauhkanlah mereka dari malapetaka serta fitnah dunia yang sangat menakutkan ini. Ameen"

Luahan hati seorang guru yang rindukan anak didiknya~