Friday, June 25, 2010

RAGAM ANAK-ANAK...siri 3

   Tiba-tiba Teacher Nana terpandang Puteri. "Puteri, what's wrong with you? Kenapa ni? you want to share with us?, soal Teacher Nana. Puteri memandang Teacher Nana dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbicara. Teacher Nana memegang bahu Puteri dan cuba memujuknya sekali lagi tetapi gagal. Akhirnya Teacher Nana mengalah dan membiarkan Puteri bersendirian. Teacher Nana merekod kedatangan murid-murid kelas Efficient ke dalam buku kedatangan sebelum memulakan pembelajaran.

    Kelas pertama adalah subjek Hafazan. Teacher Nana mengajak murid-murid untuk duduk dalam satu bulatan. Teacher Nana mengambil tempat di sebelah Puteri. Puteri diam membatu. "Okay children. Today we are going to recite Doa Waking Up iaitu Doa Bangun Tidur", Teacher bersuara. Murid-murid menganggukkan kepala dan menjawab, "Yes, Teacher". "Alhamdulillah hillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilakinnusyur", Teacher Nana menyebut Doa Bangun Tidur dengan kuat. Murid-murid mengikut selepas itu. Teacher Nana mengulangi doa tersebut beberapa kali untuk memahirkan murid-murid kelas Efficient.

    Selepas itu, Teacher Nana  mengajar subjek English Phonics. Alya dan rakan-rakan kembali duduk di kerusi dan bersedia dengan pensel. Teacher Nana memberikan buku English Phonics kepada semua murid kelas itu. "Today we are going to learn the letter 'm'. But before that, we are going to sing the alphabet song first. Are you ready children?, Teacher Nana bercakap dengan penuh semangat. "Yes,Teacher", murid-murid menjawab dengan semangat juga. "Teacher, I want to go to the toilet", Puteri bertanya sebelum sempat Teacher Nana memulakan pelajarannya. "Yes, you can go. But next time you should say, May I go to the toilet?. Itu cara untuk minta izin ye.", balas Teacher Nana. Puteri menganggukkan kepala dan bergegas keluar ke tandas.

to be continue...

Friday, June 18, 2010

RAGAM ANAK-ANAK...siri 2

   Perhimpunan pagi berjalan seperti biasa. Dimulakan dengan bacaan syahadah dan ikrar Islami yang diketuai oleh Sakinah dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor. Kebanyakan murid-murid tampak kurang bersemangat setelah seminggu bercuti dan terpaksa kembali ke sekolah.

   Selesai perhimpuanan pagi, semua murid bergegas masuk ke kelas masing-masing. Alya masuk ke kelas Efficient beriringan dengan Sakinah. "Semalam kite tidur kat hotel. Best sangat-sangat. Ada swimming pool. Kite main macam-mcam game kat sane", Sakinah memulakan bicara mengenai apa yang dilakukannya sewaktu cuti sekolah. Alya mendengar dengan penuh minat. "Wow! Bestnyer. Kite balik kampung jer jumpe atuk kite. Kampung kite ade banyak buah. Ada buah durian, manggis, rambutan pun ade.", balas Alya sambil mengemaskan kerusi meja di dalam kelas. Puteri yang sedari tadi memerhatikan gelagat Alya dan Sakinah memasamkan muka mendengar perbualan mereka.

   Teacher Nana melangkahkan kaki ke dalam kelas. "Assalamualaikum class", ucap Teacher Nana. "Wa'alaikumussalam Teacher Nana", jawab murid-murid kelas Efficient dengan kuat. "It's been a long holiday. How do you feel? Apa yang awak buat waktu cuti? ", Teacher Nana memulakan bicara. "I go Hotel, Teacher", ujar Sakinah. "Balik Kampung, Teacher", jawab Alya ringkas. "Swimming pool", tambah Arif. "Jalan-jalan", pintas Akmal. Teacher Nana tersenyum melihat gelagat murid-muridnya yang berebut-rebut menjawab pertanyaannya.

   Tiba-tiba Teacher Nana terpandang Puteri yang diam dan bermuka masam di tempat duduknya.

to be continue...

Friday, June 11, 2010

RAGAM ANAK-ANAK...siri 1

   "Tangan ke atas kita rapat tangan...tangan ke samping kita pusing-pusing...tangan ke depan cecah bahu kawan...mulut di kunci jangan bising-bising", Teacher Nana menyanyikan lagu semasa perhimpunana pagi di Tadika Topten. Itu merupakan salah satu cara untuk menarik kanak-kanak berbaris untuk perhimpunan pagi.

   Arif, Luqman, Akmal, dan Firdaus masih leka bermain di belakang. Mereka tidak mendengar apa yang Teacher Nana katakan. Sakinah, Aina, Alya dan Puteri berlari-lari mendapatkan Teacher Nana untuk berbaris diikuti murid-murid lain. "Assalamualaikum children." Teacher Nana mengucapkan salam. "Wa'alaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh teacher, good morning Teacher Nana", salam dijawab oleh Sakinah dan rakan-rakan. "Good morning children. Okay children. Do you know what is the day today? What is the weather today?, Teacher Nana menyoal murid-murid. "I know teacher. Today is Monday and the weather is sunny day", jawab Alya dengan penuh semangat. Teacher Nana tersenyum mendengar jawapan Alya sambil menganggukkan kepala. "Very good Alya. You certainly know what you're talking", Teacher Nana memuji Alya.

   Alya tersenyum malu mendengar pujian gurunya. Puteri yang berbaris di belakang sekali mencebikkan muka mendengar pujian gurunya kepada Alya. Tadika Topten yang berkonsepkan Islamic English Kindergarten sentiasa cuba mengajarkan murid-muridnya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang mudah. Guru-guru yang dilatih untuk mengikuti pelbagai kursus sentiasa diajar supaya memberikan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak di situ. Ternyata Alya berjaya bertutur dalam bahasa Inggeris yang mudah setelah tiga tahun belajar di situ. Puteri yang baru sebulan belajar di tadika itu tidak menyukai kepandaian yang dimiliki oleh Alya.

to be continue...