Friday, May 14, 2010

NASIHAT SEORANG TEMAN 2...

Dia segera bangun dan membasuh tanganya. Selepas itu, dia terus menuju ke hadapan pejabat. Fikirannya masih dihantui oleh herdikan Ain tengah hari tadi.

Setibanya di hadapan pejabat, Cikgu Qamariah ynag sedang duduk, bingkas berdiri lalu menghampiri Saidah. "Saidah, cikgu ada perkara nak beritahu Saidah. Saidah jangan terkejut ye..." kata Cikgu Qamariah membuka bicara. "Hmm...", balas Saidah bersahaja. Dia kehilangan minat untuk berkata-kata.
"Macam ni lah...emmm...Ain...dia..."
Bagai kilat yang memancar, apabila sahaja nama Ain disebut, hatinya kembali pedih. Herdikan yang diterimanya tengah hari tadi kembali bergema.
"Ain...dia...dia...baru meninggal dunia", Cikgu Qamariah menghabiskan kata-katanya. Pahit sungguh kata-kata itu namun dia gagahkan diri untuk terus menyambung ayatnya. "Dia dan ibu dia terlibat dengan kemalangan. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian".

Demi mendengar sahaja berita tersebut, air mata Saidah mengalir berjujuran. Dia segera memeluk Cikgu Qamariah. Terdengar esakannya, menyebut-nyebut nama Ain dalam dakapan cikgu. "Ain...jangan pergi dulu...Saidah sayang Ain... Saidah nak Ain jadi baik...Aiiinnn..."
Dengan esakannya yang masih kedengaran, Cikgu Qamariah memimpin Saidah masuk ke Bilik Sakit, ditemani oleh rakan-rakan sebayanya.

Sebak hati Cikgu Qamariah melihat keadaan Saidah. Dia tahu Ain adalah sahabat baik Saidah sejak sekolah rendah lagi. Walaupun perangai Ain telah berubah sejak pemergian ayahnya, namun Saidah tidak jemu-jemu menjadi sahabat dan teman yang sentiasa menasihati Ain sehinggalah ke hari ini.

"Ya Allah, tempatkanlah Ain di kalangan orang-orang yang solehah. KAU temukanlah dua sahabat ini di syurga abadi. Ameen", doa Cikgu Qamariah dalam hatinya.

~TAMAT~

No comments:

Post a Comment