"Tangan ke atas kita rapat tangan...tangan ke samping kita pusing-pusing...tangan ke depan cecah bahu kawan...mulut di kunci jangan bising-bising", Teacher Nana menyanyikan lagu semasa perhimpunana pagi di Tadika Topten. Itu merupakan salah satu cara untuk menarik kanak-kanak berbaris untuk perhimpunan pagi.
Arif, Luqman, Akmal, dan Firdaus masih leka bermain di belakang. Mereka tidak mendengar apa yang Teacher Nana katakan. Sakinah, Aina, Alya dan Puteri berlari-lari mendapatkan Teacher Nana untuk berbaris diikuti murid-murid lain. "Assalamualaikum children." Teacher Nana mengucapkan salam. "Wa'alaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh teacher, good morning Teacher Nana", salam dijawab oleh Sakinah dan rakan-rakan. "Good morning children. Okay children. Do you know what is the day today? What is the weather today?, Teacher Nana menyoal murid-murid. "I know teacher. Today is Monday and the weather is sunny day", jawab Alya dengan penuh semangat. Teacher Nana tersenyum mendengar jawapan Alya sambil menganggukkan kepala. "Very good Alya. You certainly know what you're talking", Teacher Nana memuji Alya.
Alya tersenyum malu mendengar pujian gurunya. Puteri yang berbaris di belakang sekali mencebikkan muka mendengar pujian gurunya kepada Alya. Tadika Topten yang berkonsepkan Islamic English Kindergarten sentiasa cuba mengajarkan murid-muridnya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang mudah. Guru-guru yang dilatih untuk mengikuti pelbagai kursus sentiasa diajar supaya memberikan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak di situ. Ternyata Alya berjaya bertutur dalam bahasa Inggeris yang mudah setelah tiga tahun belajar di situ. Puteri yang baru sebulan belajar di tadika itu tidak menyukai kepandaian yang dimiliki oleh Alya.
to be continue...
No comments:
Post a Comment