Dia segera bangun dan membasuh tanganya. Selepas itu, dia terus menuju ke hadapan pejabat. Fikirannya masih dihantui oleh herdikan Ain tengah hari tadi.
Setibanya di hadapan pejabat, Cikgu Qamariah ynag sedang duduk, bingkas berdiri lalu menghampiri Saidah. "Saidah, cikgu ada perkara nak beritahu Saidah. Saidah jangan terkejut ye..." kata Cikgu Qamariah membuka bicara. "Hmm...", balas Saidah bersahaja. Dia kehilangan minat untuk berkata-kata.
"Macam ni lah...emmm...Ain...dia..."
Bagai kilat yang memancar, apabila sahaja nama Ain disebut, hatinya kembali pedih. Herdikan yang diterimanya tengah hari tadi kembali bergema.
"Ain...dia...dia...baru meninggal dunia", Cikgu Qamariah menghabiskan kata-katanya. Pahit sungguh kata-kata itu namun dia gagahkan diri untuk terus menyambung ayatnya. "Dia dan ibu dia terlibat dengan kemalangan. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian".
Demi mendengar sahaja berita tersebut, air mata Saidah mengalir berjujuran. Dia segera memeluk Cikgu Qamariah. Terdengar esakannya, menyebut-nyebut nama Ain dalam dakapan cikgu. "Ain...jangan pergi dulu...Saidah sayang Ain... Saidah nak Ain jadi baik...Aiiinnn..."
Dengan esakannya yang masih kedengaran, Cikgu Qamariah memimpin Saidah masuk ke Bilik Sakit, ditemani oleh rakan-rakan sebayanya.
Sebak hati Cikgu Qamariah melihat keadaan Saidah. Dia tahu Ain adalah sahabat baik Saidah sejak sekolah rendah lagi. Walaupun perangai Ain telah berubah sejak pemergian ayahnya, namun Saidah tidak jemu-jemu menjadi sahabat dan teman yang sentiasa menasihati Ain sehinggalah ke hari ini.
"Ya Allah, tempatkanlah Ain di kalangan orang-orang yang solehah. KAU temukanlah dua sahabat ini di syurga abadi. Ameen", doa Cikgu Qamariah dalam hatinya.
~TAMAT~
Friday, May 14, 2010
Thursday, May 13, 2010
Monolog diri...
BM...BM...BM...
pening kepala memikirkannya...
kawan2 kata aku dah OK...
kereta ada...kerja ada...duit ada...rumah je xde...
betul ke aku dah OK... atau aku KO...
ntahla...aku dlm dilema...
perasaan aku?
takut...cemas...bimbang...gemuruh...
bila teringat tentang itu...
seorg makcik pernah ckp, awk kene cepat...
kenapa kene cepat?
aku faham kenapa...tapi perasaan takut terlalu kuat...
mengatasi segalanya...
bersediakah aku?
firman Allah S.W.T :
"...good... are for good..." -surah an -Nur: 26
AM I GOOD ENOUGH???
Wallahu'alam

Friday, May 7, 2010
NASIHAT SEORANG TEMAN 1...
Cerpen ini ditulis oleh sahabat baik saya (Nurul Ain bt Mohd Sarip) dan didedikasikan untuk saya. Jadi saya ingin berkongsi cerpen ini dengan anda semua yang bergelar 'teman'.
Saidah baru sahaja menunaikan solat sunat selepas solat fardhu Zohor. Dia menoleh ke belakang musolla. Sudah lengang. Hari ini hari Isnin. Semua pelajar sekolah diwajibkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Mungkin semua penat agaknya, bisik hatinya yang terkilan melihat keadaan itu.
Tiba-tiba dia teringat akan sahabat baiknya, Ain. "Macam manalah nak ubah Ain jadi solehah sikit? Macam-macam aku dah cuba...tak berjaya juga..."
Sedang dia bermain dengan fikirannya, tiba-tiba dia disapa oleh seorang perempuan, manis wajahnya. "Adik, boleh tumpang tanya? Em...adik kenal Ain tak? "Kenal...kenapa makcik?", jawabnya penuh kehairanan. "Boleh bawa makcik jumpa dia tak?", makcik itu bertanya.
Saidah semakin bingung. "Emm...makcik ni siapa?
"Oh...minta maaf. Makcik ni mak Ain. Makcik datang sebab nak ambil Ain balik", perempuan itu menjawab.
"Oh...marilah, saya bawakan". Saidah tergesa-gesa melipat kain telekungnya lalu segera memimpin ibu Ain menuju ke ASPURI (Asrama Puteri).
Petang itu Saidah berbuka puasa berjamaah. Gembira rasanya dapat berpuasa hari ini. Tiba-tiba, kegembiraan Saidah direntap. Dia teringat peristiwa tengah hari tadi.
"Hari ini aku nak pindah sekolah. Tak siapa boleh halang aku termasuk kau, Saidah! Aku dah puas dengar leteran kau. Mulai hari ini, telinga aku bebas dari leteran kau! Selamat tinggal!
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang lagi di telinga Saidah. Pedih sungguh hatinya bila ditengking begitu. Namun dia sabar. Dia tahu orang yang beriman mesti sabar. Muallimah juga sering mengingatkannya untuk bersabar. Dia mampu bersabar, tetapi...titisan jernih tetap mengalir dari matanya. Segera dikesatnya air mata yang berlinangan. Dia tidak mahu pelajar lain tahu dia bersedih. Biarlah dia dengan masalahnya. Tahulah dia menguruskan urusan dirinya.
"Kepada pelajar banat yang bernama Siti Saidah binti Abdul Jabbar, sila hadirkan diri anda ke hadapan pejabat sekarang, ada pesanan", panggilan dari pembesar suara sekolahnya itu menyedarkannya dari memori yang cuba dipadamnya.
BERSAMBUNG...
Friday, April 30, 2010
GRADUATION DAY...
Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba! 25 April 2010 hari bersejarah dlm kalendar hidupku...
Aku bangun awal pd hari itu...sempat aku bermunajat kpd Allah pd dinihari...
Aku pohon Allah beri kekuatan spy aku jangan sombong diri slps ini, aku pohon spy apa yg dipelajari bermanfaat utk diriku dan org2 di sekelilingku...aku pohon spy aku menjadi Murabbi yg cemerlang di masa akan dtg...
Kpd sahabat2 sekalian,
aku hanya insan biasa,
hidup di bumi Allah,
hanya bergantung harap pd Allah,
kupohon salah dan silapku ditegur,
kupohon jua bantuan kalian utk membimbingku,
ke jalan yg diredhai-NYA.
my classmates and lecturers

Monday, March 29, 2010
PESTA BUKU 2010...
salam pertemuan... salam perjuangan...
inilah saat-saat yg ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya ulat buku...(ulat pun pandai baca buku zaman milenium ni...hehehe).Saya pun x melepaskan peluang utk ke PWTC bagi membeli buku-buku yg dipamerkan sebanyak 2 kali...
Kali pertama, saya pergi bersama adik2 remaja yg selalu ikut program anjuran Kelab Remaja ISMA Malaysia (KRIM). Kami pergi pd hari Jumaat iaitu hari pertama Pesta Buku dibuka... sengaja memilih hari itu kerana jadual kosong... tambahan pula cuti sekolah... lagipun dah lama x jumpe adik2 tu... Perjalanan dgn kereta tidaklah memenatkan... tapi sesat jugak sebab tersalah masuk simpang... akhirnya jumpe jgk jalan yg BENAR... perjalanan di dalam PWTC sesak juga... mungkin kerana hari pertama dan cuti sekolah... Hari pertama saya survey dulu tempat-tempat Islamic HOT Spot (Galeri Ilmu, Hidayah Publication, Ana Muslim, PTS Publication, IKIM, In-team record, etc.)...On the way ke sana mase dlm kereta, sempat bg tazkirah berkenaan kepentingan ilmu berdasarkan hadis nabi,
"Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah kamu berilmu...jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah kamu berilmu,...jika kamu inginkan kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah kamu berilmu..."
Moga-moga sedikit perkongsian ilmu itu dapat membimbing adik2 untuk memilih bahan bacaan yg bermanfaat...
Esoknye, saya pergi bersama keluarga... seronok juga keluar bersama keluarga... dah lama x kluar bersama... sempat jumpa cikgu norli (bahasa arab mudah) yg slalu dlm IKIM tu... kecek kelate dgn ibu dan ayh... mesra sungguh cikgu norli dgn pengunjung-pengunjung Pesta Buku 2010...
Adakah saya termasuk dalam golongan di atas tadi? Ulat Buku kah saya?
mungkin ya... mungkin tidak...
TETAPI macam tak percaya, setelah pulang ke rumah...dan menghitung-hitung duit yg telah dibelanjakan... jumlah kesemua resit pembelian...RM2xx!!! Tapi memang saya dah get ready RM3OO dlm poket... maklumlah...rambang mata tgk buku di merata-rata tempat...
Adakah saya membazir?
"Membazir itu saudara syaitan"
Na'uzubillahi min zalik...
Saya membeli dgn niat utk menambah ilmu pengetahuan... dari isi masa lapang dgn menonton TV, lebih baik membaca... BETUL TAK???
InsyaAllah... mudahah-mudahan buku yg dibeli bermanfaat untuk kehidupan dunia akhirat... AMIN :)
NAK TAU KE BUKU APA YG SAYA BELI???

Saturday, March 13, 2010
SALAM MAULIDURRASUL
Muhammad Mustafa 2x
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah
Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa
Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'
Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seornag diri
Mengajarnya hidup berdikari
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahaya putih
Tanda lahir nabi anak yatim
Sollallahu 'Ala Muhammad
Sollallahu 'Alaihi Wasallam
Hidupnya yatim
Yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah
Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa
Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'
Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seornag diri
Mengajarnya hidup berdikari
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahaya putih
Tanda lahir nabi anak yatim
Sollallahu 'Ala Muhammad
Sollallahu 'Alaihi Wasallam
Hidupnya yatim
Yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung
salam 'alaik...
lama x buka blog...mase bljr buat blog dulu, semangat nk buat...
biler dh tau, busy pulak smpai x sempat nk tengok...
maaf pd sahabat yg ziarah... xsempat update...
saya pernah mendengar seorang ustazah berkata:
"sekiranya kamu tidak menyibukkan diri kamu dengan amal2 kebaikan, nescaya kamu akan terjebak ke dalam amalan yg sia-sia..."
kata-kata ustazah itu masih terngiang-ngiang di telinga... ada kebenarannya...
bila ada program, busy dgn meeting sana sini, call org tu org ni, terkejar nk prepare mcm2... smpai kadang x sempat makan nk ke program.
TAPI bila xde program, tersandar kat rumah @ hostel- baca newspaper / novel / majalah / tengok TV / tengok movie / online...
ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM
Just reminder to ME and those who forget...
~Maksimumkan masa anda dengan sebaiknya...
Tiada istilah REHAT di dunia, rehat hanya di SYURGA nanti!

Subscribe to:
Posts (Atom)