Friday, November 12, 2010

KU DAMBA CINTANYA...

Assalamualaikum buat semua yang sudi menziarahi blog ini...walaupun jarang2 meng'update' blog atas kekangan masalah peribadi...muhasabah kembali mengapa saya mula menulis blog...

Ianya bermula ketika saya di sekolah menengah...Kebanyakan rakan2 saya telah mempunyai blog dan menjadikan ia sebagai diari diri...Pada waktu itu, tak pernah terlintas di fikiran ingin menulis blog kerana malu...takut nanti orang baca diari hidup kita...sangkaan saya pada ketika itu, blog untuk diari tatapan umum...Kebanyakan blog yang saya lawati adalah seperti itu...

Namun, ditakdirkan Allah, saya terjumpa dengan 1 blog yang sangat menarik...ditulis oleh seorang yang biasa tetapi mempunyai isi yang mantap...saya terkedu dan rasa tercabar dengan apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut, sedangkan saya ketika itu telah berumur 18tahun...Saya selalu menziarahi blog tersebut untuk mengisi kekosongan waktu di rumah...dan akhirnya mengikuti kursus blogging yang dianjurkan oleh ISMA setahun yang lalu...

KU DAMBA CINTANYA...satu tajuk yang hangat diperkatakan oleh remaja zaman era globalisasi ini...Lihat tajuk saja sudah tertarik untuk membuka dan mengetahui lebih lanjut mengenainya...
Sebenarnya ia adalah tema Kelab Remaja ISMA Malaysia (KRIM) cawangan Shah Alam dan Klang ketika Kem Pemantapan Syakhsiah Pelajar SMK 27 pada 10hb Nov 2010 yang lalu...

Perjalanan program dimulai dengan aktiviti 'Ice Breaking' atau 'Pecah Ais', diikuti dengan slot ceramah 'Hakikat Kehidupan' oleh Ustaz Fathan (pengarah KRIM klang) kemudian LDK dan disambung dengan ceramah yang kedua bertajuk Sayonara @ Selamat Tinggal Jahiliyyah' oleh Cikgu Asmadi (pengarah KRIM pusat). Semasa sesi LDK, kami telah diajukan satu soalan oleh salah seorang peserta ting 2. "Couple tu halal ke haram?", tanya peserta tersebut dengan penuh minat. Semua mata peserta yang lain pun turut segar mata dan telinga mendengar kata-kata tersebut.

Disebabkan soalan cepu emas tersebut, kami para fasilitator terpaksa mengubah aktiviti kami bagi memenuhi impian mereka. "Nak tahu? Kita berehat seketika dengan makan tengahari dan solat. Akak akan beri jawapan selepas ini.", respon fasilitator kepada para peserta.

Nak tahu apa kesudahannya...Ikuti sambungannya pada siri yang akan datang...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment