Sunday, December 12, 2010

Ada apa dengan CINTA?

COUPLE TU HALAL KE HARAM?
Persoalan yang dilontarkan oleh remaja putri ini benar2 menarik minat fasilitator untuk menghuraikan dengan lebih terperinci dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ketika Program Pemantapan Syakhsiah Pelajar di SMK 27 pada 10hb November yang lepas.

CINTA...terdapat pelbagai istilah Melayu yang berkaitan dengan cinta @sayang. Antaranya cinta kpd ibubapa, cinta kpd keluarga, cinta kpd anak-anak, cinta saudara, cinta sahabat, dll.

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)". (Surah Ali Imran:14)

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadilkan kamu berpasagan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan yang mengandung dan tidak (pula0 melahirkan melainkan dengan sepengetahuan -Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah". (Surah Al Faathir; 11)

Wahai adik-adik remaja,
Marilah kita renungkan bersama...
 
Dari mata, turun ke hati.
Dari hati, mula berkata manis.
Dari kata-kata manis, mula jatuh cinta.
Dari cinta, mula bersentuhan.
Dari sentuhan, mula jatuh ke kancah penzinaan.
Dari zina, lahir anak tak berdosa.
Dari anak tak berdosa, berlaku pembunuhan.

Lihatlah adik-adikku,
Berapa banyak dosa yang kita dapat, dari hubungan yang tidak berlandaskan syariat Islam. Segalanya jelas di pandangan. Berapa ramai anak luar nikah yang lahir hasil dari 'couple' yang tidak halal. Tidak kesiankah kita ada anak-anak ini?
Semasa buat, semua tak ingat...Bila dah bulat, baru nak ingat...Benarlah pepatah Melayu yang mengatakan 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.

Sememangnya fitrah manusia memerlukan antara lelaki dan perempuan. Lelaki diberi kelebihan dari segi kekuatan, manakala perempuan diberi kelebihan dari segi kasih sayang dan kelembutan. Oleh itu, Allah juga telah menggariskan panduan dalam perhubungan tersebut. Iaitu dengan cara [PERNIKAHAN].

Kepada adik-adik remaja sekalian,
Kata-kata terakhir dariku,

Jadilah anda seperti permata...bukan kaca. Kaca boleh didapati di mana-mana, murah dan tidak berharga.  Tapi permata tersimpan indah dalam bekas yang tertutup, mahal dan berharga. Ianya sangat istimewa dan sesuai bagi yang layak sahaja.

Yang mana pilihan anda? Ingin jadi kaca yang ada di jalanan? Atau permata yang tersimpan indah dan hanya boleh dipakai bagi yang layak sahaja?

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK UNTUK PELABURAN MASA HADAPAN!

No comments:

Post a Comment