Saturday, February 5, 2011

Tokoh Islam: Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna

    Al-Syahid Hasan Al-Banna... Siapa yang tidak kenal dengan nama itu? Satu tokoh Islam yang amat dikenali melalui usahanya menyampaikan Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat, dari buruh, peladang sehingga mahasiswa di peringkat tertinggi. Sesiapa yang pernah mengenali usrah, pasti amat mengenali tokoh ini. Nama sebenar beliau ialah Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna. Beliau dilahirkan di sebuah bandar yang dikenali bandar Mahmudiah pada tahun 1906. Bandar Mahmudiah terletak berdekatan dengan Iskandariah. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah. Beliau pernah bertugas sebagai pengajar sebelum menubuhkan Ikhwanun Muslimin. "Tokoh yang menggegarkan bumi Mesir dan dunia Islam", itu kata Abu al-Hasan al-Nadwi mengenai Hasan al-Banna.
    Ketika menetap di bandar Ismailiah, as-syahid al-Banna serta beberapa rakan (Ikhwan) menubuhkan pejabat pertama Ikhwan Muslimin. Beliau mula mengadakan ceramah serta menyebarkan bahan cetak ke bandar dan desa. Lawatan beliau ke setiap daerah menyebabkan wujudnya pusat dakwah bagi membolehkan didikan Islam sampai ke setiap golongan, baik lelaki mahupun perempuan. Beliau juga menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin di Ismailiah untuk tujuan tersebut.
    As-Syahid al-Banna berpindah ke Kaherah tidak lama selepas itu. Pusat pentadbiran dan ibupejabat Ikhwan turut berpindah juga. Dakwah beliau semakin berkembang sehingga mencecah hampir setengah juta orang. Kebimbangan pihak politik terhadap pengaruh beliau membuatkan mereka berusaha menyingkirkan beliau hingga ke tahap merancang untuk membunuh beliau.
    Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif sehingga berjaya mara dan hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya perjanjian damai dengan pihak penjajah yang ditandatangani oleh Raja Farouq (pemerintah ketika itu) telah menyebabkan As-Syahid al-Banna diburu.  Beberapa das tembakan dilepaskan kapada beliau ketika berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah.
    Lebih malang lagi, beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan darah yang masih mengalir tanpa belas kasihan. Saudara mara terdekat juga dilarang untuk merawat beliau. Beliau meninggal dunia selepas 2 jam berkeadaan begitu pada tahun 1949.
    Seorang wartawan pernah bertanya kepada As-Syahid al-Banna tentang dirinya. Beliau berkata: "Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri. Inilah saya, anda pula siapa?"
    Walaubagaimanapun, beliau sempat meninggalkan beberapa tulisan berharga buat umat Islam yang dapat dimanfaatkan hingga kini. Antaranya, Muzakirat al-Dakwah wa al- Da'iyah dan beberapa risalah lain. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat beliau dan menyambung tugas dakwah yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. InsyaALLAH.

Sunday, December 12, 2010

Ada apa dengan CINTA?

COUPLE TU HALAL KE HARAM?
Persoalan yang dilontarkan oleh remaja putri ini benar2 menarik minat fasilitator untuk menghuraikan dengan lebih terperinci dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ketika Program Pemantapan Syakhsiah Pelajar di SMK 27 pada 10hb November yang lepas.

CINTA...terdapat pelbagai istilah Melayu yang berkaitan dengan cinta @sayang. Antaranya cinta kpd ibubapa, cinta kpd keluarga, cinta kpd anak-anak, cinta saudara, cinta sahabat, dll.

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)". (Surah Ali Imran:14)

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadilkan kamu berpasagan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan yang mengandung dan tidak (pula0 melahirkan melainkan dengan sepengetahuan -Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah". (Surah Al Faathir; 11)

Wahai adik-adik remaja,
Marilah kita renungkan bersama...
 
Dari mata, turun ke hati.
Dari hati, mula berkata manis.
Dari kata-kata manis, mula jatuh cinta.
Dari cinta, mula bersentuhan.
Dari sentuhan, mula jatuh ke kancah penzinaan.
Dari zina, lahir anak tak berdosa.
Dari anak tak berdosa, berlaku pembunuhan.

Lihatlah adik-adikku,
Berapa banyak dosa yang kita dapat, dari hubungan yang tidak berlandaskan syariat Islam. Segalanya jelas di pandangan. Berapa ramai anak luar nikah yang lahir hasil dari 'couple' yang tidak halal. Tidak kesiankah kita ada anak-anak ini?
Semasa buat, semua tak ingat...Bila dah bulat, baru nak ingat...Benarlah pepatah Melayu yang mengatakan 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.

Sememangnya fitrah manusia memerlukan antara lelaki dan perempuan. Lelaki diberi kelebihan dari segi kekuatan, manakala perempuan diberi kelebihan dari segi kasih sayang dan kelembutan. Oleh itu, Allah juga telah menggariskan panduan dalam perhubungan tersebut. Iaitu dengan cara [PERNIKAHAN].

Kepada adik-adik remaja sekalian,
Kata-kata terakhir dariku,

Jadilah anda seperti permata...bukan kaca. Kaca boleh didapati di mana-mana, murah dan tidak berharga.  Tapi permata tersimpan indah dalam bekas yang tertutup, mahal dan berharga. Ianya sangat istimewa dan sesuai bagi yang layak sahaja.

Yang mana pilihan anda? Ingin jadi kaca yang ada di jalanan? Atau permata yang tersimpan indah dan hanya boleh dipakai bagi yang layak sahaja?

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK UNTUK PELABURAN MASA HADAPAN!

Friday, November 12, 2010

KU DAMBA CINTANYA...

Assalamualaikum buat semua yang sudi menziarahi blog ini...walaupun jarang2 meng'update' blog atas kekangan masalah peribadi...muhasabah kembali mengapa saya mula menulis blog...

Ianya bermula ketika saya di sekolah menengah...Kebanyakan rakan2 saya telah mempunyai blog dan menjadikan ia sebagai diari diri...Pada waktu itu, tak pernah terlintas di fikiran ingin menulis blog kerana malu...takut nanti orang baca diari hidup kita...sangkaan saya pada ketika itu, blog untuk diari tatapan umum...Kebanyakan blog yang saya lawati adalah seperti itu...

Namun, ditakdirkan Allah, saya terjumpa dengan 1 blog yang sangat menarik...ditulis oleh seorang yang biasa tetapi mempunyai isi yang mantap...saya terkedu dan rasa tercabar dengan apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut, sedangkan saya ketika itu telah berumur 18tahun...Saya selalu menziarahi blog tersebut untuk mengisi kekosongan waktu di rumah...dan akhirnya mengikuti kursus blogging yang dianjurkan oleh ISMA setahun yang lalu...

KU DAMBA CINTANYA...satu tajuk yang hangat diperkatakan oleh remaja zaman era globalisasi ini...Lihat tajuk saja sudah tertarik untuk membuka dan mengetahui lebih lanjut mengenainya...
Sebenarnya ia adalah tema Kelab Remaja ISMA Malaysia (KRIM) cawangan Shah Alam dan Klang ketika Kem Pemantapan Syakhsiah Pelajar SMK 27 pada 10hb Nov 2010 yang lalu...

Perjalanan program dimulai dengan aktiviti 'Ice Breaking' atau 'Pecah Ais', diikuti dengan slot ceramah 'Hakikat Kehidupan' oleh Ustaz Fathan (pengarah KRIM klang) kemudian LDK dan disambung dengan ceramah yang kedua bertajuk Sayonara @ Selamat Tinggal Jahiliyyah' oleh Cikgu Asmadi (pengarah KRIM pusat). Semasa sesi LDK, kami telah diajukan satu soalan oleh salah seorang peserta ting 2. "Couple tu halal ke haram?", tanya peserta tersebut dengan penuh minat. Semua mata peserta yang lain pun turut segar mata dan telinga mendengar kata-kata tersebut.

Disebabkan soalan cepu emas tersebut, kami para fasilitator terpaksa mengubah aktiviti kami bagi memenuhi impian mereka. "Nak tahu? Kita berehat seketika dengan makan tengahari dan solat. Akak akan beri jawapan selepas ini.", respon fasilitator kepada para peserta.

Nak tahu apa kesudahannya...Ikuti sambungannya pada siri yang akan datang...InsyaAllah

Friday, October 29, 2010

JAMBORI REMAJA MUSLIM 2010...coming soon!

JOM KE JIRIM....best....seronok...

Ada apa dalam JIRIM @ Jambori Remaja Muslim ni?

Berkhemah di tepi sungai

Islamic War games

Indoor activities

Water games

Kembara Quran

Jungle Trekking

dan macam-macam lagi...

dan yang penting...insyaAllah semua aktiviti bersandarkan syariat Islam....

hubungi AJK JIRIM2 melalui laman web KRIM kawasan masing-masing....

YURAN hanya RM 100 = 3 hari 2 malam...

(dapat buku KOLEKSI CERPEN ISLAMIK KRIM yang pertama...percuma!!)

Berbaloi-baloi...

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran layari

www.jirim.net

Monday, October 11, 2010

Dah sampai ajal~

Maaf atas ketiadaan entry2 baru...

Actually aritu laptop dah okay, malam pakai OK. tapi esok pg dah KO...terpaksalah hntr kedai balik...

TUNGGU PUNYE TUNGGU PUNYE TUNGGU, HAI BILE NAK SIAP?

TUP! TUP! dapat call dr kedai pg td...

"Maafla adik...laptop tu mmg dah xblh betul dah...kene tukar motherboard baru kat kilang TOSHIBA...harganya dlm RM1XXX...nanti kami pulangkan balik duit yang adik bayar aritu..." begitulah antara kata2 orang kedai tu...

Skrg pun pinjam laptop ayah sbb ayah pegi T'GANU, mlm ni baru balik...

SO, I guess kene beli laptop baru la gayanye...tp duit xde...cmner ye?

Maybe ini salah satu ujian Allah...kene cari alternatif lain...BUT HOW?

Thursday, September 23, 2010

SALAM AIDILFITRI...

Pejam celik pejam celik, rupanya sekarang dah bulan Syawal. Hampir sebulan lamanya tak update blog. Nak buat macam mane, laptop masuk bengkel~huhuhu...baru je siap repair. Motherboard rosak. Sblm ni, kawan2 smue kate 'x payah repair, beli baru jer'. Amboi! Banyak duit korang nak beli baru...akhirnya buat keputusan hantar repair. Bayarannyer RM5xx. Ok la tu, sbb ini laptop pertama yang ku beli dgn hasil titik peluhku sendiri. I LOVE U :) coz you make my life easier~

STOP! cerita laptop masuk bengkel tutup dulu.
Sekarang nak cerite tentang bulan Syawal pulak.

Sape tau apa amalan yang sangat digalakkan dalam bulan Syawal?
Yupp! Puasa sunat selama 6 hari...

Ape pahala yg korang dapat?
Pahala puasa 6 hari bersamaan puasa selama 365 hari...

WOW! Menakjubkan. Betul tak?

Allah ni MAHA PEMURAH...Allah SAYANG kite walaupun kite selalu TERLUPA untuk mensyukuri nikmat yang diberi oleh-NYA. Allah tahu umur umat Muhammad lebih pendek berbanding umat dahulu. Allah dah tunjukkan jalan bagaimana untuk merebut pahala dari-NYA. SO,apa tunggu lagi?

JOM BERAMAL!!!

Friday, August 27, 2010

Pabila akal dan hati berbicara...

Bismillah~ nie nk kongsi sket cite psl hati, akal n nafsu..

Akal : Assalamualaikum.

Senyap sunyi..salam nye x bersambut..dicuba lagi..

Akal : Assalamualaikum.

Masih tiada yang menyambut..dicuba lagi untuk kali
ketiga..alhamdulillah, terdengar bunyi kunci dibuka dari
dalam..kelihatan Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam.. Akal rupanya..ingatkan siapa tadi..masuklah..

Akal pon melangkah masuk ke dalam kamar Hati..dilihatnya Hati terus
berbaring di sofa..Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati x sihat..tue kita datang melawat..Hati ok x..??

Hati : Aaa..haah..x sihat sikit..kepala cam pening-pening..pastu badan
pon cam sakit-sakit..penat sangat kot..

Akal : Hmm..maybe la kot..nampak macam Hati gelap sikit..Hati pergi main berjemur ke..??

Hati : Eh, xde la..xde main berjemur pon..teman Nafsu je pergi jalan-jalan..shopping-shopping sikit..

Akal : Ohh..ye ke..

Suasana sepi..dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata..

Akal : Hati..kita nak cakap sikit la..

Hati : Hmm..kenapa, ‘Kal..??

Akal : Xde la..kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafsu tue, kita berdua dah macam makin jauh je..bukan lah kita jeles ke ape..cume kita macam rindu la nak spend time, borak-borak ngan Hati macam dulu-dulu..

Hati : Hmm..agak la..xpe, next time kita keluar bertiga eak..

Akal : Hmm..kita bukannya x nak..tapi kita rasa Nafsu tue macam x suka je kat kita..bila kita datang dekat je kalau korang ngah berborak, mesti dia tarik Hati pergi tempat lain..kalau dia nampak Hati tegur kita pon, selalu kita nampak dia macam jeling kita..

Hati : Eh, mana ada..Nafsu tue baik taw..seronok berkawan dengan dia..dia pandai cari tempat best nak pegi enjoy..hari tue dia bawak Hati pergi satu tempat nie..dengar lagu..seronokkk..! ada orang nyanyi-nyanyi sume..pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade tue..and then, dia kenal kan Hati kat kawan-kawan dia..lelaki..hoho..hensem-hensem sume..tapi tue la..cam ramai yang dah ada GF la tapi..jeles betul..tapi xpe..ada je yang still single-mingle..hoho..nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pegi sana ye..

Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya..

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la..

Hati terkejut..bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap Akal..

Hati : Hmm..?? Berubah..?? Eh, xde la..mana ada..Hati macam nie gak la..maintain je..

Akal : Tak la..dulu Hati x macam nie..dulu mana ada Hati suke pergi tempat-tempat macam tue..taw pasal tempat tue pon x pernah..pastu mana pernah Hati usha-usha laki macam tue..Hati kan taw x elok wat camtu..sekarang pon Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah..dia selalu tanye pasal Hati taw..

Hati : Ala..dulu Hati x taw sebab xde orang beritahu..lagi pon, bukan selalu pon pergi..baru 4 kali pergi..Akal nie..macam mak orang la

Akal : Tapi Hati..Hati kan taw benda tue salah..

Hati : Ala..salah apa nya..Hati bukan wat pape pon..Hati juz nak enjoy je..

Akal : Enjoy apa nya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukannya Hati pegang-pegang diorang ke
apa..borak-borak je..

Akal : Hati..Hati dah meremehkan hal dosa pahala nie, Hati..Hati taw x kalau Hati wat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang benda tue salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati..??
Cuba Hati tengok..Hati perasan x yang Hati dah makin gelap..Hati nak ke jadi hitam betul..??

Hati terdiam..Akal meneruskan bicaranya..

Akal : Kita taw Hati sekarang selalu tido lambat..selalu dengar Hati bangun lambat..selalu termiss Subuh..Isyak pon kadang-kadang Hati terlepas sebab tertido..betul x..??

Hati mendiamkan diri..tapi masih menganggukkan kepala..

Akal : Boleh kita taw kenapa..??

Hati : Hati penat je..tue selalu tertido awal, bangun lambat..

Akal : Kenapa Hati penat..??

Hati : ..sebab teman Nafsu..

Akal : X cakap dengan dia yang Hati penat..??

Hati : Hmm..dia tue macam keras kepala sikit..kalau Hati cakap Hati penat, dia still tarik Hati ikut dia gak..kalau Hati cakap Hati x mau ikot, nanti dia merajok..x mau cakap dengan Hati..Hati malas nak ribut-ribut..nanti makin serabut kepala Hati..makin penat nanti..

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang..??

Hati mendiamkan diri semula..

Akal : Hati, kita nak cakap..daripada Hati penat sebab ikut Nafsu yang x dapat apa-apa..dengan kalau Hati tolak permintaan Nafsu tapi dapat pahala..yang mana satu lebih beruntung..??

Lambat Hati menjawab..

Hati : …tolak..

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya..

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati..kita x mau Hati makin jauh and makin banyak buat benda salah.. kita x taw Hati taw ke x nie, tapi kita selalu nampak Nafsu tue duduk-duduk dengan Syaitan..Hati taw kan Syaitan tue pelajar bermasalah..siap ada geng lagi..Kita x mau Hati terikut sampai jadi geng tue..bukannya kita nak sangka buruk ke apa..just langkah berjaga-jaga je..

Hati kelihatan terkejut..

Hati : Eh..Nafsu kata dia x kawan dah dengan Syaitan tue..dia kata diorang dah x sependapat, so dia dah x join dah geng tue..

Akal : Hmm..maksudnya dia dah tipu Hati la tue..bukan sekali kita nampak diorang tue jumpa..banyak kali gak la..tapi kita x sempat-sempat nak beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati..

Hati : Tapi Hati x paham..kenapa dia nak tipu Hati..x paham la..ingatkan kitorang kawan baik..

Akal : Hati..ingat x ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu..?? Yang Syaitan memang dah berjanji untuk memesongkan manusia dari jalan ALLAH sampai tibanya hari akhirat..and dia memang akan sengaja buat macam dunia nie terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya..Hati pon taw kan..Hati yang control seseorang tue..sebab tue kita rasa dia aim Hati..

Hati kelihatan kecewa..terlihat kesedaran terlukis di mukanya..

Akal : Hati..kita nak cakap banyak pon, kita pon bukan taw sangat..ada benda yang kita x taw and kita pon x paham sangat..kalau Hati nak, kita boleh kenalkan sorang kawan kita nie..nama dia Furqan..insyaALLAh dia boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak taw and tanye..

Hati memandang Akal dengan pandangan terharu..

Hati : Terima kasih ‘Kal sebab sedarkan Hati..beruntung sungguh Hati dapat kawan macam Akal nie..

Akal : Ala..kita bukan wat pape pon..sume tue ALLAH yang izinkan..

Kedua-dua pon tersenyum..

Akal : Ok la, Hati..kita nak kena pergi nie..ada hal nak kena settlekan..Hati rehat la ye..nanti bila da sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah..dia rindu betul ngan Hati..baby Iman ngan Islam pon dah lama x kena timang ngan Hati..

Hati : InsyaALLAH..kalau Akal rajin, nanti sampaikan la salam Hati kat diorang ye..

Akal : InsyaALLAH..Hati rehat ye..

Akal pon beredar meninggalkan Hati untuk berehat..